Wednesday 15 June 2011

CHOC MINT CAKE

CHOCOLATE MINT CAKE WITH FUDGE TOPPING [maklang]
sumber : halimah anang (RN)

Bahan-bahannya

200 gram tepung naik sendiri
230 gram mentega/ majerin
220 gram gula kastor
230 gram telur(maklang guna 3 biji telur)
3 gram esen vanilla (1st jer..)
30 gram serbuk koko
50 gram susu segar(maklang guna susu tepung nespray + air suam skit....guna apa yg ada kat umah.)
Beberapa titik pewarna hijau
Beberapa titik esen peppermint(maklang letak 2st)

Untuk Honey Chocolate Fudge:

150 gram coklat masakan
90 gram fresh cream
30 gram mentega
15 gram madu (2 sudu besar)

Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 180?C.
2. Alaskan kertas kuih pada loyang pembakar.
3. Pukul tepung naik sendiri yang telah diayak bersama mentega/majerin sehingga menjadi pes yang sebati.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga likat. Masukkan adunan ini dan esen vanilla ke dalam adunan tepung yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga ia sebati dan kembang.
5. Bahagikan adunan kepada dua. Satu campurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala bahagian lagi satu campurkan dengan pewarna hijau dan esen peppermint.
6. Tuang adunan berselang seli kedalam loyang berukuran 8.
7. Bakar selama 45 - 50 minit.

Cara untuk Honey Chocolate Fudge Topping
- Campurkan kesemua bahan didalam mangkuk cairkan mengguna teknik double boil. Pukul bahan-bahan selama 5 ? 10 minit sehingga fudge menjadi sebati. Fudge yang masih setengah panas boleh anda sapukan diatas dan tepi kek.

choc moist cake lg...

Tomyam ohh tomyamm





Kek Batik Marie





saya suka gunakan biskut Marie yg nih..bestt !!


 masukkan semua bahan-bahan dalam kuali je..


 gunakan biskut Marie yg 'original', kalo guna yang ada perisa kopi tu kureng kick skitt


masukkan je dlm loyang..pastu baru padatkan

Apam Yogurt Kukus

APAM YOGURT KUKUS- resepi dr blog naz's COSK

Bhn2 :
1 cwn gula
1 tsp ovelette
...2 cwn tpg gandum
1 cwn yogurt (plain yogurt)
2 biji telur
1/2 tsp baking powder
1 tsp koko
1 tsp choc emulco ( yg nih nak buat perisa lain pun bley, yg pink tu saya guna stoberi emulco)

Cara :
1. Panaskan kukusan
2. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko dan choc emulco
3. Guna high speed, putar sampai jadi pekat selama beberapa minit
4. Bahagi ikut warna yg kita mahu. Barulah letak choc emulco dan koko.
5. Kukuskan dlm 15 minit.