Tuesday, 9 April 2013

KRABI MAC 2013 :: DAY 1 ~ PART 2


Okeih..bersambung dari  PART 1  td yer..


Bila tengok jam ..ermm baru kol 8.40 pagi..awal lg..plan nak drop baggage je pastu jenjalan sementara tunggu masa utk 'check in' hotel. Kalau 'check in' awal kang kena bayar lagi..hihihi..Tetiba jadi kedekut, muahahaha.

Sampai di hotel, ku tunjukkan print out booking confirmation dari AirAsiago..Belum sempat duduk, ada sorg staff bawa 'welcome drink' untuk kami semua..sedap sungguh jusnya..hahhah. Sorang staff lelakinya terus beri salam kat kami. Friendly jugak laa staffnya.

Kami inform le nak 'drop baggage' je, sekali kami dimaklumkan yang bilik telah tersedia..Wah, biar betul, ini dah cukup baik..apalagi terus masuk bilik le jawabnya. Sekali lg aku terkejut, wah, baby cot pun ada. Padahal ku cuma email tanya pasal caj untuk baby cot..hihih.
Dah ada bilik, apalagi..baring-baring laa yang best. Luper nak habaq, sebenarnya kami menginap di Vogue Resort & Spa..hihih



Bilik jenis 'superior'


Amboiii..bukan main lagi si kurus tu !!


Layan kerenah anak nak mandi swimming pool 



Pool kids


Dah puas berehat, kami teruskan misi untuk mencari pakej 'island tour'Kami hanya berjalan kaki dari hotel. Sepanjang perjalanan ke arah pantai, kiri dan kanan jalan adalah deretan kedai-kedai. Memang tak terasa penat berjalan cuma terasa bahang panas cahaya matahari. Nyesal lak tak bawa payung yang disediakan oleh pihak hotel.


Berhadapan dengan hotel kami adalah deretan kedai-kedai makan yang mana kebanyakannya beroperasi pada waktu petang hingga malam. Kalau yang halal, ada tulisan jawi 'halal', tanda bulan dan bintang atau yang menjualnya memakai tudung. Kebiasaannya mereka yang beragama Islam akan memberi salam kepada kita




McDonald (tidak halal yer)..best duduk hotel berdekatan sini sbb senang cari makanan halal.
Lagipun kawasan sekitar ni amatlah happening pada waktu malam. McDonald ni bersebelahan je dengan hotel kami. Di sini juga letaknya hotel Aonang Cliff Beach Resort.




Dalam perjalanan ke pantai, saya ternampak Aonang Orchid Tour, tetiba terasa nak singgah tanya harga pakej. Padahal dalam perjalanan tadi, punya ler banyak travel agency yang buat promosi..hihhihi. Kami disapa oleh salah seorang staffnya, fasih berbahasa Melayu. Fairus namanya. Fairus mencadangkan kami ke Hong Island, memandangkan jaraknya dalam 30 minit menaiki 'speedboat', suami memilih untuk pakej '4 Island' sahaja. Jarak Ambil masa 15 minit je. Kalau ke Phi Phi Island pula mengambil masa 40 minit..memandangkan baby ikut sekali, terpaksa ambil pakej yang mengambil masa agak pendekKami memang prefer untuk naik 'speedboat' yang mempunyai 3-4 enjin. Kita akan kurang rasa hentakan ombak besar kalau naik 'speedboat' enjin besar nih. Lunch pula memang dorg sediakan 'halal food'. So kalau korang booking dengan agen lain pun, jangan lupa request 'halal food' untuk lunch okeih

Nih harga yg Fairus offer kat kami :

Phi Phi Island 1300baht
Hong Island 1100baht
4 island 900baht - dewasa, kanak-kanak 700baht

FREE untuk kanak-kanak berumur kurang 3 tahun.


Di sini letaknya Aonang Orchid Tour..haaa, nampak tak makcik 'pancake' tu..??
Tempat ni betul-betul berhadapan dengan Tipa Resort.
 Yiihaa..esok 'island hoping'. Dah settle.


Yang baju merah tu 'Fairus'. Abaikan aje budak yang buka mulut beso tu. 
Tu anak aku yer..hihihi 


Jom pilih pakej ..


Ni rupanya 'pancake' pisang yang disebut-sebut forumer @cari.com
Agak sedap. Macam roti canai tapi agak nipis..
Wajib cuba jika melancong ke sini.


Sepanjang perjalanan ke Aonang Beach, macam-macam yang kami jumpa. Nak tahu apa dia..? Jom tengok bawah nih..


Banyak sangat 'special offer' dari tailor tempatan. 
Agak-agak murah ke mahal nih..???


Haaa..massage. Mesti cuba..
Murah-murah jer tau, rugi kalau tak cuba


Actually banyak sangat, korang cuma pilih mana jer yang berkenan..hihih. 
Rate lebih kurang sama jer


Kami teruskan perjalanan ke Aonang Beach. Cuaca panas berangin. Kami lepak-lepak sambil memerhatikan 'long tail'..Pantai Aonang ni biasa-biasa aje, tapi ramai juga pelancong yang mandi di sini.

Long Tail


Cuaca panas berangin, tapi syiok je dok bawah pokok nih..heheh


Takler sesak sangat Aonang ni walaupun time 'peak season'
Mungkin sebab waktu siang ramai yang buat aktiviti di pulau


 Deretan kedai di Aonang..macam-macam ada tapi biasa lah time 'peak season' nih harga agak mahal sikit, tshirt pun 150baht..puas minta kurang tak dapat. Kalau pi time 'low season' boleh aje dapat 100baht. Tapi kualiti kain memang agak bagus.


 'Waterproof bag' harus beli kat sini. Yang penting, 'bargain and bargain'.
Dari apa yang diberitahu, harga kat sini agak murah jika dibandingkan dengan kat KL.
Amat sesuai untuk mereka yang ingin 'island hoping'.


Macam-macam ada

Kami lunch di restoran 'Jamal'. Ermm.tempat agak sempit, ramai pula makan di situ. Pendapatku..? Harga agak mahal. Nasi goreng 2, fruit shake 2, milo ais 1..harga mencecah RM24, biar betul..??? Rasa makanannya agak kureng, fruit shake tawar yang amat, servis lambat, dari segi kebersihan memang lagi kureng..huhuh. Untuk orang yang cerewet macam aku ni, memang tak sesuai makan kat sini. Banyak komplennya nanti, menangis tokeynya kalau dengar..hahah

Waktu petang, layan sunset lak..hihih






Kraftangan


Tourist Information. Farmasi pun agak banyak di sini.


Oppss..lupa nak habaq, restoran nih berhadapan aje dengan hotel kami. 
Bamboo Seafood dan Lemon Seafood. Start beroperasi pada waktu petang dan malam.
Halal yer..


Waktu malam pulak kami 'dinner' kat Lemon Seafood. Buka je menu, wah..agak lumayan yer harganya..muahahhah. Lemon Seafood ni ala2 restoran ikan bakar mcm kat M'sia ni. Korang boleh je pilih ikan, lobster, udang, sotong dan sebagainya. Tapi kami prefer pilih yang 'simple-simple' aje. Nasi putih 2 pinggan, nasi goreng 1, air fanta 2 botol, air soda 1, tom yam kung 1 dan sayur goreng. Total mencecah RM50..mak oiitt.. kalo tiap malam gini, nipis poket..hahah. Bagi aku sedap jugak, ramai juga Malaysian yang makan kat sini.


Restoran makan yang berhadapan dengan hotel kami, happening pada waktu malam


Tomyam 


Sayur Goreng

Nasi goreng lak tak sempat snap..licinnnn !!


 Dah kenyang baru boleh senyum..hihihih

 Lepas makan, kami teruskan perjalanan ke Aonang Beach. Tak penat-penat lagi dari siang asik berjalan..hihihi. Misi kami cuma untuk beli 'fridge magnet' dan tshirt yang dikirim oleh cousin aku. Bayar tau, bukan free punya..muahahhaha.


Kami sempat melihat 'tanglung' yang dilepaskan ke udara


Penjual 'tanglung'..80baht sajorkkkkk...

Dah penat mencuci poket, kami pun pulang ke hotel. Waktu malam teramatlah 'happening'
Pusat 'massage' sana sini penuh..Tak boleh jadi nih..esok nak cuba juga..

Okeih, kita sambung kat PART 2 yer








4 comments:

  1. lps book baru jumpa blog u.. coz i pon book kat vogue spa ni tru pakej airasiago jugak...kene mark blog u ni sng i nak baca smbungan krabi ni..he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..lupa nak update blog ni...ntah2 u pun dah lama blk dr Krabi..hihihi

      Delete
  2. sis..bila nak update krabi part 3..saya nak baca buat tauladan nak pi honey moon kat krabi bulan 9 nih..hihihi...kami gamble jek...takde ambik pakej mana2 pon...jgn lupa update tau sis...saya teruja nk baca..hihi..thank u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak update..pi Krabi brape hb..? Sampai sana baru amik pakej, yang penting kena pandai tawar menawar tau..apapun, selamat berbulan madu..enjoy ok

      Delete