Monday, 8 April 2013

KRABI MAC 2013 :: PART 1


KRABI :: DAY 1 (PART 1)
30 MAC - 1 APRIL 2013


Ahaks..dari sehari ke sehari nak menaip asik tertangguh aje..Bukannya apa, asyik melayan kerenah si kecik, kita plak jenis kalau nk buat sesuatu kena 'concentrate'..hihih. Sudahnya walaupun seminggu dah berlalu, pagi ni try juga laa curi-curi masa utk taip pengalaman kami bercuti ke sana.

Akhir-akhir ni Pak Tony rajin lak buat promo. Kalau dulu setahun 2-3 kali je promo, semua berebut-rebut nak beli. Tapi sekarang ni boleh dikatakan hampir setiap bulan ada promo. Harga macam biasa ler, kalau nasib baik dapat murah, kadang mahal. Yg  ni plak, ermm...booking 23 Februari 2013, fly pada end of March 2013, pd harga promo..berbaloi tak..?? hihihih


Boarding Pass..Senang kalau dah 'web check-in' awal-awal


Flight kami pada pukul 7.15 pagi..pukul 5 pagi kami dah bertolak dari rumah. Kesian anak-anak aku terpaksa bangun awal pagi. Masing-masing dah excited..lagi-lagi Ammar. Tiba di LCCT dalam pukul 5.45, parking pun penuh. Terpaksa aku turun dulu untuk 'drop baggage'..Sib baik mmg dah 'web check-in' awal-awal. Pukul 6.45 pagi, AA dah 'announce', tiba masanya nak naik flight. Tunggu punya tunggu..pukul 7.30 pagi juga laa baru 'terbang'. Aydin asik tanya, kenapa kapal terbang ni tak naik lagi..Sabar laa dik, banyak kapalterbang nak berlepas awal pagi, kena ler ikut 'turn'..bukan boleh terus terbang je..Sebenarnya bebudak ni dah 'terover excited' macam le tak pernah naik sebelum ni..hihihi.

Pukul 7.40 pagi waktu tempatan (waktu Krabi lewat 1 jam dr Malaysia) kami dah sampai di International Krabi Airport. Alhamdulillah, sebelum-sebelum ni bila baca kat blog ramai yg tulis perjalanan ambil masa 1 jam lebih, rupanya 1 jam je dah sampai @ 'pilot' tu yang ter'over' merempit..??? hihihihi. Airport Krabi ni kecil je..mcm Langkawi kot ?? Lebih kurg laa..hihihi. Wokeih, jom layan gambar dulu..

tiap kali 'fly', memang menjadi habit snap gambar di atas awan..


hero-hero berkelakuan baik sepanjang perjalanan..hihih


Ammar dengan aksi 'gediknya'


Aydin muka mengantuk jer..hihihi


 Dah nampak bumi Krabi


Masa untuk mendarat


Welcome to Krabi..hihihi


SIM Card ni FREE tau..
korang boleh dapatkan kat kaunter imigresen yg cop passport tu
Kalau nak pakai, just reload je..


 Tunggu teksi
Bayar dulu kat kaunter, nanti teksi akan bawa kita ke tempat yg dituju.
600baht sahaja
Cara ni lagi jimat berbanding guna 'shuttle bus' dari hotel yg ratanya-ratanya berharga 800baht /way.


Yang putih tu bas ke 'Aonang'
Kalau korg jenis backpacker, ok je naik bas. Lg menjimatkan !!


Ni pemandu teksi kami..wanita, hihih
Peramah..teksi sana cantik2 tau..
Jauh berbeza dgn kat Malaysia nih


TIPS UTK YG NAIK TEKSI..WAJIB BACA !!!!

Dalam perjalanan dari Krabi Airport ke Aonang, hanya melalui kawasan kampung. Tidak berapa menarik. Perjalanan mengambil masa kira-kira 25-30 minit sahaja.

Tiba-tiba pemandu teksi tu berhenti di satu travel agency. Dia berkata nak berhenti sebentar. Suh tunggu kejap..Pemandu teksi tu pun masuk dlm travel agency tu
Haaa..apalagi, baru aku teringat,terus ku pesan kat incik hubby, kalau travel agent tu keluar,
just inform kita dah booked package dgn hotel. All arrangement hotel yg buat..Hahahh..takpe kan tipu sunat..hihih. Aku pernah terbaca kat 'blog', tu yg tau taktik dorg..

Habis je cakap, lenggang lenggok travel agent nya datang dan ketuk tingkap kat tempat suami duduk..Katanya mmg kemestian semua teksi akan berhenti kat situ. Bila dia nak suh masuk dalam nk bg info psl pakej, terus incik hubby bg alasan yg aku ajar td.. Maka, selamatlah kami dari adegan pujuk memujuk..hihih. Tak lama kemudian, driver taxi tu dtg dgn muka selamba..Layanzzz saje lah..hihih. 
Terus kami dihantar ke hotel..


Bersambung lg kat PART 2 (DAY I).