Tuesday, 19 July 2011

Udang

Kat sini semuanya semuanya tentang udang..sotong tak boleh okeihh !!!



Udang Celup Tepung

1 1/2 cawan tepung naik sendiri (tepung kek)
2 sudu besar tepung beras (nak bg tepung yg salut tu crunchy..kalo takde pun takpe) 
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
sedikit garam 
Air (masuk skit2 sampai bancuhan jadi mcm nak buat cekodok)
Udang - ikut ler berapa byk yg korang nak goreng..heheh

Cara-cara :
Kopek kulit udang dan biarkan ekornya sahaja
Kepala udang tu jgn lupa buang tau..

Campurkan semua bahan-bahan di atas.
Biarkan seketika dlm 5 minit
Panaskan minyak (minyak kena banyak skit tau..)
Kemudian celup udang di dalam bancuhan
Goreng hingga kekuningan.









Masak lemak udang

resepi coming soon yer..tgh malas nak taip n3..hihih

Roti John

Roti john...??? sape yg tak kenal..betul tak...hihih..nih resepi aku yg simple mimple..jadik ler utk mengisi perut yang kelaparan nihh...sedap atau tak lain citer..hihih.





aku guna roti hotdog Gardenia jer..kat cni payah betul nak jumpa roti Perancis
(iyalah roti Perancis mestiler ada kat Perancis kan..kan..kan...hahah)
Sebenarnya, kalo kat Melaka, roti Perancis nih bentuk sebijik macam roti hotdog tp saiznya besar.
Sebab apa dipanggil roti Perancis..?? jangan tanya aku wokeih sbb aku pun tak tau..hahah

simple-simple..korang kalo buat jgn tiru cara aku potong timun dgn salad tu..
aku nih mmg suka letak salad lebar2, vege le tu kekonon..heheh


Bahan-Bahan (untuk 3 kpg roti hotdog) :

2 biji telur
sardin (lagi byk sardin lagi best)
bawang besar yang dihiris
daun bawang
sedikit cili
secubit garam

Untuk hiasan :
Salad, timun, kobis

Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau.
Panaskan sedikit minyak.
Masukkan sedikit bahan-bahan di atas dan ratakan
(ratakan ikut panjang dan lebar roti tersebut)
Letakkan roti tersebut di atas bancuhan telur td.
Balik-balikkan roti tu depan dan belakang
Bila dah masak, hiaskan roti john ikut citarasa anda sendiri.
Letakkan sos cili / blackpepper / mayonis

taraaaa...dah siap !! jgn lupa baca doa makan sebelum mamam okeihh..