Monday, 25 July 2011

PipOt....dlm kenangan

pipOt..eihh..amenda tu pipot..
kalo korang ada pet..tp aydin lak ada pipot..
sape aydin tuh..??
aydin tuh anak aku lerr...yg sulong !!!
tak kosa aku nak citer pasal anak org lain..oppss
sahabat karib..satu ketika dulu yg menemankannya ketika terlantar kat wad..



aydin dan pipot memang tak boleh dipisahkan..
pernah ku hampir-hampir pengsan sbb ingatkan pipot tertinggal dalam bas..
rupa-rupanya berada di dalam kocek seluarku..hahah
tiap kali nak tidur..minum susu, pipot akan sentiasa berada di tangannya..
dia akan pegang sahaja pipot, sesekali menggoyang-goyangkan pipot..
kerapkali juga aydin menciumnya..arghhh..rasanya macam di syurga kot !! hihih




haaa...mesti korang nak tau mana datangnya pipot kan ???
pipot nih merupakan 'soft toys' yang aku belikan untuk aydin..
tak sangka plak bley melekat terus dgn aydin..
tak lengkap hidupnya tanpa pipot
sanggup menangis kalo pipot takde..

tapi satu hari..pipot pergi tak kembali ..perghh..ayat tak bley blah..hihihih
yang tinggal hanya kenangan dan gambar sahaja yang aku akan tunjukkan bila aydin besar nanti..

Tuesday, 19 July 2011

Udang

Kat sini semuanya semuanya tentang udang..sotong tak boleh okeihh !!!



Udang Celup Tepung

1 1/2 cawan tepung naik sendiri (tepung kek)
2 sudu besar tepung beras (nak bg tepung yg salut tu crunchy..kalo takde pun takpe) 
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
sedikit garam 
Air (masuk skit2 sampai bancuhan jadi mcm nak buat cekodok)
Udang - ikut ler berapa byk yg korang nak goreng..heheh

Cara-cara :
Kopek kulit udang dan biarkan ekornya sahaja
Kepala udang tu jgn lupa buang tau..

Campurkan semua bahan-bahan di atas.
Biarkan seketika dlm 5 minit
Panaskan minyak (minyak kena banyak skit tau..)
Kemudian celup udang di dalam bancuhan
Goreng hingga kekuningan.









Masak lemak udang

resepi coming soon yer..tgh malas nak taip n3..hihih

Roti John

Roti john...??? sape yg tak kenal..betul tak...hihih..nih resepi aku yg simple mimple..jadik ler utk mengisi perut yang kelaparan nihh...sedap atau tak lain citer..hihih.





aku guna roti hotdog Gardenia jer..kat cni payah betul nak jumpa roti Perancis
(iyalah roti Perancis mestiler ada kat Perancis kan..kan..kan...hahah)
Sebenarnya, kalo kat Melaka, roti Perancis nih bentuk sebijik macam roti hotdog tp saiznya besar.
Sebab apa dipanggil roti Perancis..?? jangan tanya aku wokeih sbb aku pun tak tau..hahah

simple-simple..korang kalo buat jgn tiru cara aku potong timun dgn salad tu..
aku nih mmg suka letak salad lebar2, vege le tu kekonon..heheh


Bahan-Bahan (untuk 3 kpg roti hotdog) :

2 biji telur
sardin (lagi byk sardin lagi best)
bawang besar yang dihiris
daun bawang
sedikit cili
secubit garam

Untuk hiasan :
Salad, timun, kobis

Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau.
Panaskan sedikit minyak.
Masukkan sedikit bahan-bahan di atas dan ratakan
(ratakan ikut panjang dan lebar roti tersebut)
Letakkan roti tersebut di atas bancuhan telur td.
Balik-balikkan roti tu depan dan belakang
Bila dah masak, hiaskan roti john ikut citarasa anda sendiri.
Letakkan sos cili / blackpepper / mayonis

taraaaa...dah siap !! jgn lupa baca doa makan sebelum mamam okeihh..

Monday, 18 July 2011

Biskut Raya

resepi nih saya kumpulkan untuk memudahkan saya membuat rujukan ketika hendak membuat biskut raya nanti. Ada di antara resepi nih saya dah cuba pada tahun lepas. .


ALMOND LONDON - resepi dari blog Citarasawan

Bahan-Bahan :

250gm mentega
150gm gula halus
450gm tepung gandum
100gm tepung jagung
1 1/2 teh serbuk penaik
1 sudu teh emplex
1 biji telur grade B
1 sudu teh esen vanilla

100 biji badam, dibakar
cawan kertas secukupnya.

Hiasan : Coklat masakan, coco butter

Cara-cara :
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi hingga sebati.
3. Pindahkan adunan mentega tadi ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 15 minit.
4. Ambil sedikit doh, bulatkan dan masukkan biji badam. Buatlah bentuk bujur.
5. Susunkan dalam dulang pembakar dan bakar selama lebih kurang 20 minit. Sejukkan.
6. Cairkan coklat secara double boiler masukkan coco butter jika coklat terlalu pekat. Celupkan biskut dan letakan dlm cawan kertas. Biarkan beku sebelum menyimpannya.


ALMOND LONDON - AnisSuraya (resepi asal dari Maklang)

1 ketul butter (250gm)
1 cawan gula halus
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh emplex (tak bagi pun tak apa, tepung beras + jagung tu dah cukup utk buat AL ni rangup)
1/2 cawan badam kisar atau gajus kisar


Cara-Cara :
Gula + butter gaul sebati dalam bekas. Masukkan tepung beras dan tepung jagung dalam bekas tadi tu dah gaul sehingga sebati.kemudian masukkan emplex gaul lagi. kemudian masukkan tepung gandum sikit demi sedikit sehingga jadi doh yang lembut. Adunan mestilah lembut dan bukannya kering. last sekali masukkan 1/2 cawan badam kisar atau gajus kisar tu. gentel dgn buah badam (jgn buat besor2, nanti bila dibakar jadi tembam pulak, tapi kalu betul adunan tu lembutnya, insyaAllah, elok jer dia terletak masa dibakar, sebaik2nya saiz doh nak digentel tu sama besar dgn biji badam tu). Bakar hingga masak.sejukkan sebelum celup dgn coklat.
-double boiler choc. masakan . dah cair sepenuhnyer tutup api masukkan almond.
-masukkan dlm papercup

tips:
doh mesti lembut , bukannya lembik.
Doh mesti tidak berkeadaan kering .
Masa nak isi buah badam tu, mestilah dikepal dgn padat dgn doh...bukan longgar sebab bila longgar, ada ruang utk doh tu mengembang setaman..
Oven mesti dah dipanaskan terlebih dulu sebelum start membakar...
jangan letak biskut yang dah dibentuk kat tray yang panas/suam2 sebab ianya merangsang pengembangan yang lebih kat biskut tu....

kalau ikut teknik tu...elok terletak jer AL tu...



Tat Gulung Blueberry -AnisSuraya200gm butter
30gm marjerin
20gm minyak sapi
2 st gula halus/kastor
2 st esen blueberry
2 biji kuning telur
sedikit pewarna ungu
180 gram tepung gandum
200 gram tepung jagung
Jem blueberry secukupnya
coklat putih utk hiasan

sebatikan butter+marjerin+minyak sapi+gula+esen+kuning telur+pewarna ungu. masukkan tepung jagung dan gaul sebati.masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum hingga jadi doh yang lembut. Masukkan dlm acuan tat gulung dan bentukkan dan boh jem blueberry lalu gulung perlahan2. Bakar sehingga masak.Bila dah sejuk, paipkan atasnya dgn coklat putih...

kalau tak suka dgn rasa minyak sapi...boleh jer tukar dgn marjerin sukatannya tu....biskut ni gebu...so berhati2...

STRAWBERRY FINGERS - blog citarasawanBahan A
250gm mentega
10gm shortening
150gm gula kaster
1 tsp strawberry emulco
1/4 tsp pewarna pink/merah
50gm serbuk badam/serbuk gajus

Bahan B
300gm tepung red rose
40gm tepung kentang
50gm susu tepung
50gm tepung jagung


Hiasan :  Coklat masakan Strawberry pink atau (coklat masakan putih + pewarna pink + strawberry emulco) dan breadcrumb putih

Cara-cara
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
2.  Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3.  Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
4.  Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.


BISKUT SUJI BRUNEI - resepi maklang

A.
150g minyak sapi
100g butter
100g gula castor
1st esen vanila
1 biji kuning telur

B.
100g cornflakes - kisar halus
100g tepung jagung
50g tepung suji
280g tepung gandum - curah skit2 dulu sampai senang diterap

HIASAN:
150g tepung susu (mklang guna susu everyday, jadi takyah ltk icing lagi sbb manis sedang elok)
50g gula icing

Cara
1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan semua bahan B dan uli menjadi doh yg lembut.
3. Canai dan terap. Bakar pd suhu 150 selama 25' (ikut oven masing2 eh)
4. Dah masak, sewaktu masih panas gaulkan dengan campuran susu dan icing

Biskut Lemon Cornflakes - blog citarasawanBahan-bahan
160gm mentega
125gm gula icing
180gm tepung gandum
120gm tepung beras
30gm cornflakes di kisar halus
1 biji telur
1 sudu besar parutan kulit lemon
1 sudu teh lemon emulco / esen lemon

Hiasan : Aising Lemon
1 biji putih telur
100gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1/8 sudu teh jus lemon / esen lemon
pewarna yang disukai

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan lemon emulco, pukul hingga sebati.
2. Satukan tepung yang telah diayak bersama parutan kulit lemon dan cornflakes kisar. Masukkan ke dalam adunan mentega dan uli menjadi doh.
3. Canai dan terap, susun di dalam dulang pembakar yang telah digris dan bakar selama 25-30 minit pada suhu 150C.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hias dengan icing.
5. Aising Lemon : Satukan bahan aising, pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat. Paipkan ke atas biskut hingga habis kemudian bakar semula selama 10 minit untuk mengeringkan aising.


BISKUT CRYSTAL BALL - BLOG CITARASAWAN

Bahan A(diayak bersama)250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (dipanggang)
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)

Perwarna : pink, hijau dan kuning
Hiasan: gula kaster

Cara-cara :

1. Satukan  bahan A dan bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 20 minit atau lebih.
2. Bahagikan doh kpd 3 bahagian dan letakkan tiga jenis perwarna secukupnya.
3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kpd satu doh yg panjang dan bahagikan doh ini kpd 10gm setiap doh.
4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar.
Panaskan ketuhar. Bakar pd suhu 150c selama 15-20 minit.
5. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster.


Biskut Snow Almond - BLOG citarasawanBahan A
260gm mentega
150gm gula kaster
1 tsp esen vanila
50gm serbuk badam

Bahan B
300gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung

Hiasan :  Coklat masakan dan breadcrumb putih

Cara-cara
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh. 
2.  Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3.  Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
4.  Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb


Biskut Nestum - blog citarasawanBahan-bahan
130gm mentega
20gm shortening
50gm gula kaster
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
140gm tepung rose
20gm tepung jagung
50gm nestum di kisar halus

Hiasan :  Kuning telur dan nestum

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 150C.
2.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
3.  Canai dan terap dengan acuan.  Sapu dengan kuning telur dan tabur nestum diatasnya.
4.  Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.  Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit.
5.  Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Sunday, 17 July 2011

Seminggu sekali jer...

part yang paling malas aku nak buat..cer teka.. cer teka..amenda tu..??


aku biasanya akan blender cili untuk stok seminggu, senang kan..
macam biasa..cili merah + bawang besar + bawang putih + belacan..



bila dah ada cili, korang paham-paham je ler nak masak apa..heheh


Sambal sotong lagikk..ermm...

Nasi + Santan + Durian..apalagii..gaul pastu mamam ler

Saper penah makann..angkat keyboard cepatt..hihih
dulu arwah babah aku suka makan camni..

nasi putih panas-panas + santan + durian + gula merah + gula melaka

best..korg try ler..

gaul-gaul pastu mamam okeihh..hihih



BAHAN-BAHAN :


Kelapa diperah dgn air panas utk dapatkan santan.
Santan aku nih blom tapis lagi, tu yg nampak serdak-serdak..hahah 

gula merah + gula melaka
(campur gula pasir pun boleh tp kang kena kencing manis aku tak tau..hihih)


yess..durian durian durian



kulit durian
yg ni korg jgn buang..
petua org dulu2 kalo nk elakkan 'panas' lps mkn durian, minum air masak yg diisi dlm bahagian ni 

durian Oh durian..







eh kome, doyan dah berbunga..mari kita, pinang anak daro..heheh..ingat lagi tak lagu yg dinyanyikan oleh Mr.Os nih..?? tu yg aku terbayang tiap kali tiba musim durian..tiap kali terbau durian, dah terbayang betapa enaknya 'Raja Buah' ini. Ishh...tak bley jadi !!! Nak-nak bila cousin dok habaq beli durian RM2 sekilo..siap bg mms kat aku, terliurrr aku weyyy..Rege tu kalo kat Melaka dpt ler..kat Shah Alam nih..??? Jangan harap..menangis le ko puas-puas, takde nya penjual tu nak turunkan harga..hahah

Masih ku ingat satu ketika dulu, family kami mmg penggemar buahan tempatan. Tiap kali musim buah, stok buah sentiasa ada kat rumah, bukan sikit-sikit tu..kalah ada kebun buah, hihih (rumah aku berhadapan dgn jirat cina beb, mana ada tanah nak tanam pokok-pokok buah nih..). Arwah babah aku, rajin sungguh membeli buah-buahan utk anak bininya. Penah ke Sg. Petai, Alor Gajah waktu malam semata-mata nak beli cempedak (peberet aku tuh..nyum nyum..). Skang ni ada highway, dulu-dulu mana ada oiiii..Citer psl durian lak, penah kitaorg pi dusun durian kat Tiang Dua, tokeinya Chinese, bila beli terus dgn tokei, dpt ler rege murah skit..Apalagi, penuh satu keter ler dgn buah durian..hahah. Berhari-hari aku akan makan durian tanpa jemu..Itulah kenangan terindah bersama arwah babahku..

Tapi skang ni bila umur dah meningkat (aku tak ler tua lg yg benau nya, hihih), nafsu nk makan durian pun kurengg skit.. kalo dulu 4-5 biji aku bley makan, skang nih 1/2 - 1 biji je yg mampu dimakan. Kena jaga kesihatan, kang belasah bebyk ada yg kena kencing manis, sape mau jawabb..???? hihih.

Pada penggemar durian, makan-makan jugak, tapi kesihatan perlu dijaga Jangan makan sampai tak ingat dunia wOkeihh..chowwww