Monday 24 December 2012

INFO MEDIK :: NENAS




ADAKAH NANAS PUNCA PENDARAHAN RAHIM? 

SOALAN

Doktor, saya mempunyai seorang teman yang sama-sama belajar di kampus suatu ketika dahulu. Masalahnya rakan saya apabila dia memakan nanas akan mengalami pendarahan. Baru-baru ini, dia sekali lagi mengalami pendarahan yang agak banyak selepas memakan nanas. Rakan saya telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan doktor yang merawatnya menyatakan bahawa dia akan mengalami masalah untuk mengandung apabila berkahwin kelak kerana rahimnya lemah. Saya mohon agar doktor menjelaskan perkara ini serta apakah rawatan yang perlu dilakukan oleh rakan saya bagi mengatasi masalah ini. Apakah beliau berpeluang untuk mengandung sekiranya masalah ini berlarutan. Saya mohon penjelasan dari doktor. Terima kasih.

JAWAPAN

Terima kasih kepada adik yang sudi mengutarakan soalan yang menarik ini. Sangkaan berkaitan nanas menyebabkan pendarahan haid yang agak banyak adalah tidak tepat. Saya agak perkara ini berlaku secara kebetulan sahaja. Sebenarnya, nanas juga bukanlah penyebab pada keguguran, kalau janin dan ibu sihat.

Nanas atau nama saintifiknya Ananas comosus adalah sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. Nanas tergolong dalam keluarga Bromeliaceae. Nanas sebenarnya bukan hanya buah yang sedap dimakan serta dijadikan jus minuman. Nanas juga kaya dengan kandungan mineral dan vitamin yang cukup tinggi. Ramai kalangan kita menggemarinya sebagai makanan pencuci mulut yang menyegarkan atau sayur sampingan (jelatah) selain dimakan dalam bentuk lain seperti jem nanas, halwa, jeruk dan biskut tat nanas. Bukan setakat itu saja, malah nanas juga mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri.

Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Nanas juga mempunyai nilai khasiat yang penting seperti mineral, serat dan enzim yang baik untuk sistem penghadaman dan membantu mengekalkan berat badan ideal dan keseimbangan nutrisi. Nanas juga merupakan sumber vitamin C yang baik dan boleh dimakan mentah atau digunakan dalam masakan. Nanas mengandungi lemak dan garam yang minimum serta tidak mempunyai kolesterol. Selain itu, nanas juga mengandungi sejumlah kecil vitamin B2, B3, B5 dan B6. Ini jelas menunjukkan nanas merupakan buah yang sedap, berkhasiat dan menyihatkan.

Memerangi penyakit Nanas juga dipercayai dapat menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida. Ia juga dapat membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes mellitus dan kanser. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

Nanas juga kaya dengan serat dan amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah membuang air besar yang tidak teratur. Ia juga mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat mengatasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh mengakibatkan penyakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid dan bukannya pendarahan haid yang banyak.

Jumpa pakarBerjumpalah dengan doktor pakar sakit puan bagi mengetahui masalah sebenar. Secara amnya, doktor akan mengesyaki seseorang wanita agak susah hamil jika kitar haid mereka tidak teratur kerana kitar sebegitu adalah tidak subur. Doktor tidak dapat mengatakan rahim seseorang wanita lemah atau tidak dan susah untuk hamil hanya jika seseorang wanita tersebut hanya mengalami pendarahan haid yang banyak apabila memakan nanas. Tiada kajian yang mengatakan bahawa nanas adalah penyebabnya. Elok berjumpa doktor bagi memastikan bahawa rakan anda tidak mengalami masalah berkaitan darah atau sistem pembekuan darah. Alangkah baiknya jika rakan anda dapat berjumpa dengan doktor bagi mendapat pemeriksaan perubatan dan juga ujian darah yang tertentu bagi mengetahui penyebab sebenar pendarahan haid yang banyak.


Sumber: Utusan




KHASIAT NANAS
Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah

DIET Tanpa SENAM ?? Jom baca !!





HATI-HATI dengan diet yang dilakukan kerana jika tidak berhati-hati, memang berat badan akan turun mendadak tetapi masalah lain pula mungkin timbul.

Jangan tiru pelakon 'Ally Mc Beal', Callista Flockshart, yang melakukan diet melampau sehingga akhirnya menderita penyakit anoreksia.

Bagaimanapun beberapa artis tempatan dilihat dapat mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat sambil mengambil diet sihat selain melakukan aktiviti fizikal.

Antaranya Bob AF, Aizat AF, Imran Ajmain dan penyanyi baru Syah.

Tapi mungkinkah anda akan dapat mengurangkan berat badan dengan hanya mengurangkan pengambilan makanan, mengambil ubatan tertentu tanpa melakukan apa-apa aktiviti fizikal?

Anda mungkin dapat mengurangkan berat badan dengan hanya 'berlapar' tetapi tidak mungkin mendapat bentuk badan yang diidamkan.

Risikonya pula, berat badan anda akan naik mendadak apabila anda kembali makan seperti biasa.

Jangan terperanjat jika anda mengalami pelbagai masalah yang berkaitan dengan organ badan dalam tempoh masa beberapa tahun.

Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang, Norsyamimi Ahmad berkata, program mengurangkan berat badan tanpa senaman amat tidak logik.

"Senaman amat perlu untuk mengeluarkan tenaga daripada makanan jika tidak, ia akan ditukar menjadi lemak," katanya semasa ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun senaman perlu dilengkapi dengan penjagaan makanan bagi memberikan berat badan yang ideal.

Sebenarnya bukan semua orang boleh melakukan senaman terutama bagi mereka yang dikategorikan sebagai morbit obes - jika bacaan Indeks Jisim Berat Badan (BMI) melebihi bacaan 40 (berbanding 19 hingga 25 yang biasa) serta mempunyai masalah kesihatan.

"Kaki pesakit morbit obes tidak mampu menampung berat badan.

"Jadi mereka boleh memulakan dengan diet kalori sangat rendah iaitu hanya mengambil 800 kalori sehari," katanya.

Mereka yang menjalankan diet berkenaan perlu mendapatkan pemantauan berterusan daripada doktor atau pakar pemakanan di wad.

Cara mengurangkan berat badan paling baik adalah dengan menjaga makanan dan melakukan senaman.

"Kita perlu seimbangkan makanan yang kita makan dengan senaman yang dilakukan bagi mendapatkan berat badan ideal," katanya.

Nursyamimi berkata, senaman yang biasa dilakukan seperti berjoging, berjalan kaki semasa membeli-belah yang menyebabkan kadar degupan jantung tinggi selain pengeluaran peluh meningkat.

Selain berjalan, berkebun selama setengah jam boleh membakar sebanyak 100 kalori.

"Bagaimanapun semua aktiviti senaman dan makanan bergantung kepada usia dan berat badan seseorang," katanya.

Apa yang perlu dilakukan adalah memastikan apa yang kita makan.

Bagi diet yang betul, pesakit perlu makan ikut waktu, memilih makanan yang betul dan pastikan kalori yang perlu diambil setiap hari.

Nursyamimi berkata, sarapan pagi tidak boleh ditinggalkan dan pesakit perlu mengambil lebih protein dan fiber seperti telur, ikan dan ayam.

Menu sarapan bagi wanita adalah sebiji telur separuh masak, dua keping roti berserat, buah-buahan, milo atau susu dengan oat. Manakala bagi lelaki pula adalah sebiji telur separuh masak, tiga hingga empat keping roti berserat, buah-buahan, milo atau susu dengan oat.

Bagi makan tengahari pula, ambil 1/3 nasi, 1/3 ikan, ayam atau daging dan 1/3 sayur-sayuran serta sebiji atau sehiris buah-buahan.

Sementara makan malam lebih kurang sama dengan makan tengahari.

Bagaimanapun diet ini perlu diubah mengikut tahap kesihatan seseorang seperti diabetes, pesakit jantung dan penyakit kronik lain.

"Perlu diingat, pastikan waktu makan setiap hari adalah lebih kurang sama. Bermula dengan sarapan pukul 7 hingga 9 pagi, makan tengahari pada pukul 12.30 hingga 2.30 petang dan makan malam seelok-eloknya empat jam sebelum tidur atau sebelum pukul 8 malam," katanya.

Dr. Nursyamimi berkata, diet tanpa senaman atau dikatakan sebagai 'yo-yo diet' biasanya akan menyebabkan berat badan turun naik mendadak kerana kehilangan otot.

Diet ini menggunakan otot untuk ditukar kepada tenaga kerana otot dua kali lebih berat berbanding lemak.

"Diet sebegini amat tidak digalakkan," katanya.

Mereka yang mengamalkan diet berkenaan mempunyai risiko bertambah berat badan dua kali ganda, kerosakan buah pinggang, haid tidak teratur, mood tidak betul, tekanan darah tidak stabil dan paras gula dalam darah menurun sehingga kadang-kala boleh pengsan.

Biasanya penurunan berat badan yang ideal adalah 10 peratus dalam tempoh enam bulan.

Diet paling popular sekarang adalah pengambilan protein tinggi dan rendah karbohidrat tetapi diet ini tidak boleh diambil berterusan kerana akan memberikan kesan kepada buah pinggang.

"Biasanya ia hanya dilakukan selama 60 hari dan diikuti dengan senaman seperti berenang, berbasikal atau joging mengikut kesesuaian," katanya.

Dalam tujuh seminggu, pastikan lima hari dengan masakan bakar, kukus atau sup sementara hari lain dengan goreng atau bersantan.

Mengenai pusat pelangsingan badan, pil penyerap dan membakar lemak serta teh herba, Nursyamimi berkata, ia hanya akan berkesan jika menjaga pemakanan selain senaman.

Sebenarnya apa yang berlaku hanyalah pembuangan air atau menyerap semua lemak yang ada dalam badan.

"Kadang-kala kita rasa lapar tetapi sebenarnya kita hanya dahaga. Jadi pastikan sama ada kita benar-benar lapar dengan meminum air," katanya.

Beliau menasihatkan mereka yang ingin mengawal berat badan agar menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum bertemu dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan diet yang betul.

"Ini kerana diet berlainan bagi individu mengikut tahap kesihatan masing-masing," katanya.


Sumber: Utusan

INFO MEDIK : GULA :: Punca Gigi Reput




Pereputan gigi berlaku apabila asid memusnahkan lapisan keras gigi dipanggil enamel. Asid ini terhasil daripada plak. Plak mempunyai kuman yang hidup dengan makanan bergula. Proses menghadam gula menjadikan asid bertindak balas terhadap permukaan gigi.


Lama-kelamaan, pereputan gigi boleh menyebabkan lubang pada permukaan gigi. Sekiranya dibiarkan, kaviti akan menjadi besar dan akan memusnahkan gigi.

Sekiranya anda mempunyai kaviti, berjumpalah doktor gigi. Doktor gigi akan menampal gigi anda untuk mengelak kaviti menjadi lebih besar.

Asid mulut sentiasa menyerang permukaan gigi anda. Akan tetapi, pereputan gigi tidak berlaku secara serentak. Ini kerana terdapat elemen lain di dalam mulut yang memperkuatkan dan menghalang pereputan gigi. Satu daripada elemen itu ialah air liur. Air liur mempunyai mineral yang membantu memperkuatkan gigi. Florida, mineral semulajadi yang terdapat dalam air dan ubat gigi, juga membantu memperkuatkan gigi.

Berikut adalah beberapa tip untuk menghalang pereputan gigi:

Elakkan daripada sering makan makanan bergula. Kurangkan kudapan selepas waktu makan.

* Ini akan menghalang plak daripada menghasilkan asid. Ia juga akan mengurangkan tempoh gigi anda terdedah kepada asid.

* Minum banyak air terutamanya jika anda mengambil ubat tertentu.

* Sesetengah ubat mengurangkan air liur di dalam mulut. Ini boleh meningkatkan risiko pereputan gigi.

* Gunakan ubat gigi dan cecair pembersih dengan florida.

* Florida membantu menguatkan permukaan gigi.

* Kunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.

* Mereka akan membersihkan gigi dan memeriksa sekiranya terdapat kaviti.

* Pemeriksaan doktor gigi untuk pereputan gigi dan kaviti



Sumber: Utusan

RED VELVET CHEESE BROWNIES











 BAHAN-BAHAN ::

125gm + 1 sudu besar tepung kek
1/2 sudu kecil garam
60gm mentega/butter
110gm gula halus
1 biji telur saiz A
1/2 sudu kecil esen vanila
120ml susu segar
1/2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil pewarna merah
1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka 
1/2 sudu kecil baking powder


LAPISAN CHEESE

200gm cream cheese philadelphia
1 biji telur 
60gm gula halus 
1 sudu besar jus lemon


CARA-CARA ::

1- Panaskan oven 170'c

2 - Satukan susu segar dan jus lemon dalam 5 minit.

3 - Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4 - Dalam mangkuk lain, pukul mentega hingga berkrim. Masukkan gula, pukul hingga sebati dan diikuti telur dan esen vanila.

5 - Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco.

6 - Masukkan tepung dan campuran susu segar bergilir-gilir ke dalam adunan mentega.

7 - Satukan cuka dan baking powder di dalam bekas lain. Biarkan hingga berbuih, masukkan ke dalam adunan kek. Kacau secara kaup balik

8 - Masukkan ke dlm loyang. Sebaiknya alaskan loyang tersebut utk memudahkan kita mengeluarkan kek dr loyang nanti.

9 - Bakar selama 30 minit (bergantung kepada oven masing-masing).


LAPISAN CHEESE ::

1 - Putar cream cheese hingga berkrim dan masukkan gula. Gaul hingga sebati. 

2- Masukkan jus lemon dan putar.

3 - Asingkan 2 sudu dan tambahkan sedikit pewarna merah. (utk buat corak di atasnya)

4 - Stlh membuat corak, bakar selama 30 minit pada suhu 150'c.

Sunday 23 December 2012

HOLIDAY @ JOHOR :: PART 2 ~ JOHOR PREMIUM OUTLET





Ahakss..2nd day kami kat JB..
Dah tiba masanya nak balik Melaka..incik hubby cuti kejap je..mmg x dapatler nak berjimba lelama.


Suria City Hotel :: 

Hotel ni kira oklah..not bad. Time kami menginap, ramai peserta kursus dr Tabung Haji dan SUK Johor. Breakfast best gak walaupun tak byk pilihan macam hotel 5 bintang. Yg penting kenyang lorr..dr amik Grand Bluewave RM195 pernight exclude tax (studio) tp takde breakfast..heheh.

Kami check out awal. Plan arinih nak pi Johor Premium Outlet (JPO). Dari hotel kami menyusuri jalan di tepi laut ke Danga Bay seterusnya ke Senai. JPO terletak berdekatan dengan kawasan perumahan Indahpura. Dikelilingi pokok kelapa sawit, dan terletak di tepi highway.






Banyak butik ala eksklusif ada di sini. Ku terjah Coach dulu..
Kebetulan ada diskaun 40% + 10% off.
Mmg ramai yang x pulang dengan tangan kosong..







Yang ni pun ada sale jugak..3 item baru RM135
Menurut salesgirl tu, harga VS kat JPO adalah lebih rendah jika dibandingkan dgn butik kat tempat lain.










JPO ni dikelilingi ladang kelapa sawit..huhuhh


Simpang jalan..
Kalo ke kiri Indahpura/Senai/Bandaraya Johor
Ke kanan utk ke highway 






## TIPS ##

Tips aku cuma perlu bawak duit bebanyakk..muahahah !!!










Thursday 20 December 2012

HOLIDAY DEC 2012 :: LEGOLAND

As salam..

Percutian kali ni mmg tak dirancang..last minit plan. Biasanya kalau nk pi memana, kita ler yg paling bz study tempat2 yg nak dilawati, hotel, tempat makan2, kali ni main belasah je..



Alkisahnya, kami bertolak dari Shah Alam ke Melaka dulu, rumah mak aiii ler..Lepak2 dan tidur semalam. Sebelum lelapkan mata, sempat ler study apa yg patut. Aduhhh !!! Nak dok hotel mana nih, Puteri Pacific, The Zon Regency, Grand Bluewave, Hotel Central JB (Naza Talyya) ...rata2 fully booked. Ingat nak booking online je. Adoii, kacau betul, isk isk !!! Arghhh..kalo takde kosong stay kat Tune Hotel je ler..last choice. Kesimpulannya, make sure plan dulu mana nak stay..kang tak pasal2 tido kat masjid nanti, huh.



Pukul 7.30am kami dah bertolak dari Melaka..2 jam perjalanan, kami dah nampak signboard ke Nusajaya. Kiranya tak susah nak ke Legoland nih. Tak sesat punya lahh !!  Wahhhh...tak sabarrnyaaa nak berjimba..muahahhah.




Kalau korg nak pi, better parking kereta kat Medini Mall, then masuk dlm mall tu pastu akan keluar betul2 kat pintu masuk Legoland..kalau parking Legoland, agak jauh nak kena jalan. Parking free ok..







my family




Kaunter tiket banyak..walaupun beratur panjang tp tak lama kena tunggu.

Dewasa : RM140
Kanak-kanak (3y-11y) : RM110
nak jimat lg, 7 days advance booking online bley dapat harga lg murah tau 



Stroller ni boleh disewa. 
RM20 utk single seat dan RM30 utk double seat
Harus diingat, tempat duduk ni statik ok..









Semua binaan di atas diperbuat daripada Lego. 
Unik dan kreatif.


masa untuk berjimbaa...yiihaaa






Ada berani kaa..?? hik hik hik


yg ni lg scary oo kalo main. 
Sama mcm kat Trans Studio Bandung.

Train utk kanak2 ribena..
Belakang tu plak panggung 3D dgn Menara Berputar mcm kat Bandar Hilir Melaka tu.


Kawasan permainan utk kanak-kanak. Agak luas dan kawasan berbumbung





Kuda Kayu






Souvenir shops


Antara yang dijual


View waktu malam


Sebelum balik singgah sini dulu. 
Souvenir shop. 
Harga mmg lumayan tp terdapat banyak pilihan



Akhirnya...kami menginap di Suria City Hotel. Terletak di Bukit Meldrum. 
Bersebelahan dgn Grand Bluewave Hotel.
Hotel ni je yg available lg..actually mmg nak cari hotel yg mengadap laut..
Promotion Rate RM137 include tax dan breakfast. 
Jadi ler utk bermalam lgpun dah pukul 8 lebih mcm tak berbaloi nk amik hotel yg lebih RM220 p/night.


Dedulu p JB atas urusan kerja. Pernah stay kat The Zon Regency dgn Grand Bluewave Hotel. Kalau dulu pergi dgn officemate, skang dengan family. Apapun..pergi dengan family jugak yg best ..hihih.  


:: ANTARA TIPS KE LEGOLAND ::

1 - Sebaiknya parking kereta di kawasan Medini Mall. Medini Mall terletak di hadapan pintu masuk Legoland.

2- Sediakan baju hujan sekiranya pergi pd musim2 sebegini. Beli yg pakai buang je. Masa kami pergi, cuaca agak mendung dan tak panas. Tetapi hujan turun dgn lebatnya sekitar pukul 5.30 ptg..

3 - Beg tidak diperiksa ketika di pintu masuk. Kiranya selamat kalau nak bw bekal makanan/minuman. Tp kat dlm theme park pun byk tempat jual makanan cuma agak mahal. Cth chicken burger RM15..hehehh

4 - Gunakan kasut yang selesa. Kawasan agak luas..jadi mmg tak sesuai nak pakai kasut bertumit..hihihi

5 -Tempah awal2 hotel penginapan anda. Kawasan Nusajaya baru dibangunkan dan tiada hotel berdekatan. Hotel paling dekat adalah Tune Hotel, Danga Bay dlm 20 minit perjalanan. Apapun adalah lg berbaloi sekiranya menginap di kawasan bandar 30-40 minit perjalanan. 

6 - Sebaiknya datang awal utk mengelakkan kesesakan. Kita terpaksa beratur utk setiap permainan. Kekadang 1 permainan je terpaksa beratur hampir 15-20 minit. Kalau 5 permainan ???? hahah..


7 - Bagi kanak-kanak, sebaiknya tinggi melebihi 95cm. Permainan terhad untuk kanak-kanak kurg dr 95cm, kesian kat dorg tak dpt explore semua permainan.